Jab Sumber Manusia

i) Unit Akaun dan Pentadbiran

bertanggungjawab mengurus perakaunan, fail-fail dan urusan pentadbiran KESDEC.

ii) Unit Teknologi Maklumat (IT) dan sokongan

merupakan unit yang bertindak mengurus berkenaan teknologi komputer, juruteknik, multimedia dan membantu unit sokongan lain dalam mentadbir KESDEC.

iii) Unit Latihan Industri dan Kemahiran

merupakan unit yang mengurus kemasukan pelajar-pelajar dan hal ehwal pelajar-pelajar KESDEC.

merangkumi pengrekrutan dan pengeluaran pelajar-pelajar KESDEC yang bermutu tinggi.

bekerjasama dengan institusi-institusi usahawan dan kemahiran lain untuk mengembangkan lagi sayap KESDEC sebagai Pusat Latihan dan Keusahawanan yang berkualiti.

menjana penapatan tahunan KESDEC melalui pengrekrutan pelajar-pelajar dalam kursus yang ditawarkan.

iv) Unit Pembangunan Penyelidikan dan Pusat Sumber

penambahbaikan intelektif yang merangkumi penyelidikan, penghasilan dan pengumpulan modul-modul latihan MLVK serta latihan kemahiran yang ditawarkan oleh KESDEC.

menyediakan ilmu-ilmu selain kemahiran seperti motivasi dan perkayaan bahasa. Ia juga akan membantu dan membangunkan sistem pengurusan KESDEC dalam bidang keilmuan dan kemahiran selaras dengan perkembangan teknologi dan ekonomi masa kini.

v) Unit Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam

menyelia komunikasi eksekutif dengan jabatan-jabatan awam lain, koperasi-koperasi, persatuan-persatuan, sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat swasta.

memperkenalkan KESDEC kepada orang kenamaan dan melalui perhubungan eksekutif yang dijalinkan.