Jab Pemb Keusahawanan

KESDEC mempunyai 3 penggerak utama yang mentadbir dan mengurus aktiviti dan program-programnya iaitu Jabatan Pembangunan Keusahawan, Jabatan Sumber Manusia, dan Pusat Latihan dan Kemahiran Bukit Jelutong di Labok, Machang. Ketiga-tiga komponen ini amat penting dan mempunyai peranan masing-masing dalam mentadbir dan mengurus KESDEC.

A) JABATAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

i) Unit Pelaburan dan Francais

  • Unit ini berperanan sebagai pembentukan dan penjanaan usahawan kendiri pelajar-pelajar dan usahawan KESDEC melalui bantuan pelaburan modal yang akan diberikan oleh KESDEC.
  • bertindak mengikut spesifikasinya iaitu memberi suntikan modal, mengurus modal dan membuat pemantauan terhadap perkembangan perniagaan pelatih KESDEC dari masa ke semasa.

ii) Unit Pembangunan Perniagaan

  • berperanan melahirkan usahawan yang berilmu dan kompetitif dalam memajukan pernigaan yang telah diceburinya.
  • menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan usahawan dan motivasi keusahawanan.
  • membantu usahawan dari segi pembentukan motivasi bagi melahirkan usahawan yang berprofesionaliti tinggi dalam mutu usahawan.

iii) Unit Pemasaran dan Pengiklanan

  • mengurus dan memasarkan komponen-komponen yang akan memberi pendapatan kepada KESDEC. Antaranya, sewa dewan, sewa kelas dan sewa makmal bahasa.
  • bertanggungjawab dalam mengurus hal-hal yang berkaitan pengiklanan tawaran kursus, program-program dan aktiviti kepada yang dijalankan oleh KESDEC kepada masyarakat luar.

Jabatan Pembangunan Keusahawanan ini berperanan membentuk usahawan namun, Jabatan ini amat penting dalam memberi impak besar terhadap pendapatan tahunan KESDEC.